Aku ni
bukan lah orang yang paling alim,
tak mencapai lagi tahap yang ideal.
Tapi, aku tetap teguh pada kepercayaan aku kepada-Nya.
Sebab aku
tahu Dia ada dimana-mana dan aku tahu Dia sentiasa mahu tolong hamba-hamba-Nya.
Meskipun
aku tidak berhak mendapatkan pertolongan-Nya setelah pelbagai dosa aku lakukan
terhadapNya.
Tapi aku
tahu Dia masih sayang pada aku. Aku tahu Dia sentiasa mendengar.
Mungkin
aku ditimpa perasaan gelisah untuk beberapa minggu ini kerana aku tidak
mengingati-Nya
secukupnya.
Tetapi Allah Maha Besar, Penyayang dan Pengampun.
Dia tahu aku bukan-lah ‘lost case’ dan cuba pulangkan aku kembali kepada-Nya dengan
mengingatkan aku terhadap-Nya. Dia masih sayang aku, sebab Dia masih mahu aku
kembali kepada-Nya.
Kini, aku berasa kembali seperti aku yang “normal”, In shaa Allah. Aku sedang “recover”. Alhamdulillah.
Dan aku kembali berasa bersemangat, In
shaa Allah.
Aku mohon pada Kau, tolonglah ingatkan aku pada Kau
sentiasa supaya aku tidak lagi berasa sebegitu. Sesungguhnya, bila aku jauh
dari Engkau, aku lebih jauh daripada diri sendiri.
Amiin.
No comments:
Post a Comment